Cari:
Cuaca Panas, Penggunaan Elektrik di Malaysia Meningkat
2016-03-14 13:13:15 CRI Cetak
Kesan fenomena El Nino, cuaca panas terus menyelubungi Malaysia.

Menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Malaysia pada 11 Mac lalu, cuaca panas telah mengakibatkan penggunaan elektrik di Semenanjung Malaysia meningkat ke paras tertinggi dalam sejarah bermula pada 7 Mac lalu, manakala pada 9 Mac lalu, rekod permintaan kemuncak yang dicatatkan mencecah 17,175 megaWatt (MW).

Kenyataan tersebut menegaskan bahawa kapasiti tenaga semasa masih mencukupi dengan bekalan sebanyak 22,220 MW.

Namun, TNB menyarankan penggunaan tenaga yang cekap ketika waktu puncak antara pukul 2 hingga 5 petang dengan melaksanakan langkah-langkah seperti menetapkan penyaman udara pada suhu 23-25 darjah Celsius, menggosok baju dan membasuh pakaian pada waktu malam, menjerang air di luar waktu puncak dan mengendalikan operasi mesin atau kilang pada waktu malam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China