Demikian dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 14 Mac lalu.
Menurut kenyataan tersebut, pelancong Afrika Selatan dilaporkan menemukan serpihan berkenaan ketika bercuti di Mozambique dan membawa balik serpihan itu ke Afrika Selatan. Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) telah menghubungi pihak berkuasa Afrika Selatan dan akan menghantar pasukan pakar untuk mengambil serpihan tersebut. Serpihan itu dan serpihan lain yang ditemukan di Mozambique akan dihantar ke Australia untuk dianalisis pasukan pakar tujuh negara termasuk Malaysia.
Pada masa yang sama, DCA dan pasukan pakar tersebut telah mengadakan ujian terhadap serpihan yang ditemukan di Pulau Reunion dan proses penelitian serpihan pesawat akan dijalankan oleh pihak berkuasa Perancis dan pasukan pakar tujuh negara.