Cari:
Malaysia Tahan Dua Wartawan Australia
2016-03-15 14:54:06 CRI Cetak

Menteri Luar Australia, Jolie Bishop menyatakan keprihatinan yang mendalam terhadap kes dua wartawan Australia yang ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Menurut Reuters, wartawan Australian Broadcasting Corporation (ABC) Linton Besser dan jurukamera Louis Eroglu ditahan oleh PDRM di Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki, Kota Sentosa kerana cuba mendekati Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak secara agresif ketika beliau sedang menghadiri majlis bersama rakyat pada 12 Mac lalu. Pada ketika ini, kedua-dua wartawan Ausralia tersebut telah dibebaskan dengan ikat jamin, namun dilarang meninggalkan Malaysia.

Selepas kejadian itu berlaku, PDRM mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan bahawa kedua-dua warga Australia itu ditahan kerana melintasi garisan keselamatan dan gagal mematuhi arahan polis. Mereka disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China