Demikian diumumkan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang di Beijing hari ini.
Pemimpin-pemimpin dari Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam akan menghadiri mesyuarat kali ini atas undangan Perdana Menteri China, Li Keqiang.
Keenam-enam negara akan bertukar-tukar pendapat tentang usaha menggalakkan pembinaan mekanisme kerjasama Sungai Lancang-Mekong, memperkasakan kerjasama dari pelbagai aspek antara negara-negara sub-serantau dan mengintensifkan proses integrasi rantau ini.