Cari:
China Bersedia Tingkatkan Kerjasama Antikeganasan dengan Indonesia
2016-03-18 11:16:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China bersedia untuk meningkatkan kerjasama antikeganasan dengan Indonesia dan berganding bahu memelihara keselamatan dan kestabilan di kedua-dua negara dan serantau.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang ketika mengulas tindakan pihak polis Indonesia menembak mati militan warganegara China dalam sidang media di Beijing semalam.

Lu Kang berkata, China telah mengetahui laporan tersebut dan sedang meneliti keadaan berkenaan. China dan Indonesia sedang menghadapi ancaman baharu yang disebabkan oleh perubahan situasi antikeganasan antarabangsa dan serantau.Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Gerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) meningkatkan penyusupan di Indonesia dan mengadakan pakatan sulit dengan kumpulan radikal keganasan Indonesia. Hal ini bukan sahaja mengancam keselamatan China, malah menjejaskan kestabilan di Indonesia serta negara-negara serantau yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China