Presiden Myanmar baharu, Htin Kyaw semalam mengemukakan rancangan pembentukan kerajaan baharu kepada Parlimen Myanmar. Kerajaan baharu merancang untuk menubuhkan 21 kementerian.
Terdapat 36 kementerian pimpinan kerajaan Presiden Thein Sein pada ketika ini, namun menurut rancangan pembentukan kerajaan baharu Htin Kyaw, beberapa badan kerajaan akan digabungkan, dibubarkan dan dikurangkan kepada 21 kementerian.
Pada hari yang sama, Htin Kyaw turut mengemukakan senarai menteri-menteri baharu kepada Parlimen, namun senarai terperinci tidak diumumkan.