Pihak media dan para sarjana dari negara-negara Asia Tenggara menumpukan perhatian pada sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) baru-baru ini.
Ketua Bahagian Berita China Lianhe Zaobao Singapura, Han Yonghong berkata, dalam sidang tahunan kali ini, menteri-menteri yang dahulunya jarang-jarang bertemu dengan media kini telah tampil melalui aktiviti "saluran menteri", di samping telah mempamerkan semangat yang pragmatik dan profesional.
Penerbit Eksekutif agensi Berita Antarabangsa Singapura, Channel News Asia (CNA) Danny Chian Siong Lee menyatakan bahawa kerajaan China telah melaksanakan transformasi untuk menyesuaikan diri dengan peredaran zaman dan memenuhi keperluan rakyat. Selain itu, Parti Komunis China yang mengamalkan kejujuran dan kerajaan yang bersih terus berjuang untuk membasmi rasuah tanpa henti. Usaha tersebut telah mendapat sokongan daripada rakyat China, sekali gus mengurangkan pembaziran sumber awam.
Ahli penyelidik dari Universiti Binus Indonesia pula berkata, kerajaan China tidak pernah mengabaikan pembangunan di kawasan kurang maju, dan mengemukakan pelbagai inisiatif untuk membebaskan lebih 10 juta rakyat miskin daripada belenggu kemiskinan pada tahun ini yang memperlihatkan keazaman kerajaan China untuk mengurangkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin serta menggalakkan pembangunan sosial secara saksama.