Suruhanjaya Sungai Mekong (MRC) mengadakan mesyuarat di Vietnam pada 15 hingga 17 Mac lalu. Wakil-wakil daripada Vietnam, Kemboja, Laos dan Thailand mengalu-alukan penambahan air di hilir Sungai Mekong yang dilaksanakan oleh China. Negara-negara yang terlibat digesa bekerjasama dan berkoordinasi untuk menggunakan air kecemasan dengan munasabah dan berkesan.
Penambahan air kecemasan yang dilaksanakan pada 15 Mac hingga 10 April akan memberi manfaat kepada Laos, Myanmar, Thailand, Kemboja dan Vietnam untuk membantu meredakan keadaan kemarau di hilir Sungai Mekong.
27% hingga 54% aliran air dilaporkan akan tiba di Vietnam dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang.