Dua serpihan dipercayai milik sebuah pesawat yang ditemukan di Mozambique tiba di Australia pagi Ahad lepas untuk dijalankan pemeriksaan dan pengesahan sama ada objek itu milik pesawat MH370 yang hilang dua tahun lalu.
Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan semalam berkata, Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) akan membantu dalam pemeriksaan dan analisis serpihan tersebut yang dimulakan hari ini, dengan kehadiran pakar-pakar daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) dan Syarikat Boeing untuk mengenal pasti sumbernya.
Liow berharap kerajaan Malaysia akan mendapat keputusan pemeriksaan berkenaan secepat mungkin.