Cari:
Aung San Suu Kyi Disenaraikan dalam Kabinet Baharu Myanmar
2016-03-22 14:52:10 CRI Cetak

Presiden baharu Myanmar, U Htin Kyaw mengemukakan pelantikan 18 menteri dalam Kabinet, termasuk pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi.

Presiden yang baru dilantik itu menyerahkan senarai nama tersebut kepada Parlimen hari ini.

Senarai tersebut hanya mengandungi nama sahaja, manakala portfolio mereka akan diputuskan kemudian.

Suu Kyi tidak dibenarkan memegang jawatan presiden berikutan kekangan perundangan, walaupun parti yang diterajui oleh beliau mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum November lalu.

Sebelum ini, Parlimen Myanmar meluluskan cadangan kerajaan baharu pimpinan Htin Kyaw untuk mengurangkan jumlah kementerian.

Cadangan tersebut menerima 611 undian, berbanding dengan tiga tidak bersetuju dan 21 tidak hadir.

U Htin Kyaw dalam ucapan sulungnya di Parlimen sejak dipilih menjadi presiden menjelaskan bahawa cadangan berkenaan membabitkan 21 kementerian dan 18 menteri berbanding dengan kerajaan sebelum ini, iaitu 36 kementerian dan 32 menteri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China