Cari:
Inisiatif LMC Corak Masa Depan Kerjasama China dengan Negara-negara di Sungai Mekong
2016-03-23 19:17:17 CRI Cetak

Inisiatif Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) diharap dapat berfungsi sebagai penggerak yang mampu menegakkan tiga tonggak utama yang merangkumi kerjasama antara China dengan negara-negara di kawasan lembangan Sungai Mekong dalam bidang keselamatan politik, ekonomi dan pembangunan mampan serta kemasyarakatan, sekali gus mengutamakan pelaksanaan kerjasama dalam lima bidang, antaranya termasuklah, kesalinghubungan, kapasiti pengeluaran, ekonomi rentas sempadan, sumber air, pertanian dan pembasmian kemiskinan.

Harapan itu dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) pertama di Sanya, provinsi Hainan, hari ini.

PM Li berkata, para perwakilan meluluskan Deklarasi Sanya yang menentukan hala tuju perkembangan inisiatif LMC dan mencorakkan masa depan rantau ini menerusi kerjasama. Selain itu, proses perindustrian di negara-negara subkawasan lembangan berkenaan akan dipacu menerusi Kenyataan Bersama Negara-negara Lancang-Mekong bagi Kerjasama Kapasiti Pengeluaran.

Dilaporkan, mesyuarat kali ini pula meluluskan senarai Program Tuaian Awal (EHP) yang bakal dilaksanakan demi manfaat rakyat di rantau ini.

Keqiang turut menyarankan jaringan pengangkutan di kawasan Sungai Lancang-Mekong disempurnakan dengan pelaksanaan projek infrastruktur seperti landasan kereta api China-Laos, sistem tren China-Thailand, laluan darat dan air China-Myanmar, zon ekonomi eksklusif dan taman perindustrian di kawasan sempadan.

Beliau berjanji, China akan menyokong dan memberikan bantuan kepada Thailand, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam dalam usaha membaiki infrastruktur dan menjayakan kerjasama dalam kapasiti pengeluaran, melalui skim pinjaman yang ditawarkan khas untuk keperluan negara-negara tersebut.

Selain itu, China akan memanfaatkan beberapa platform antaranya termasuklah Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) dan Tabung Laluan Sutera untuk menyokong pembinaan infrastruktur di kawasan lembangan Sungai Lancang-Mekong, memperkenalkan transaksi langsung antara Renminbi dengan mata wang negara-negara berkenaan dan menyempurnakan sistem penjelasan Renminbi rentas sempadan.

Para pemimpin dari kelima-lima negara tersebut menyifatkan pertemuan kali ini sebagai amat signifikan dan memperlihatkan aspirasi semua pihak yang terlibat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China