Festival Fesyen Orchard dirasmikan di Orchard Road, jalan komersial yang terkemuka di Singapura pada 26 Mac lalu.
Pihak penganjur telah membina pentas peragaan sepanjang lebih 500 meter dan mengundang 130 model amatur untuk memperagakan lapan jenama fesyen terkini.
Festival Fesyen Orchard tahun ini merupakan penganjuran kali ke-7 dan akan berlangsung hingga 8 Mei.