Pameran Pendidikan Vokasional dan Pengajian Tinggi China 2016 diadakan di Vientiane, Laos Jumaat lalu.
Lebih 10 buah sekolah vokasional dan universiti dari China menyertai pameran tersebut.
Setiausaha Kebudayaan dan Pendidikan dari Kedutaan Besar China ke Laos, Mo Xiaoling menyatakan bahawa kerajaan China sentiasa mengutamakan kerjasama dan interaksi pendidikan dengan Laos. Diharap pameran tersebut dapat memperkukuh kerjasama pendidikan kedua-dua negara dan membuka lebih banyak peluang kepada pelajar Laos untuk mengikuti pengajian di China.