Cari:
Lagi Serpihan Pesawat Dijumpai di Afrika Selatan
2016-03-30 14:18:28 CRI Cetak

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam berkata, satu lagi serpihan dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines MH370 ditemukan di Afrika Selatan, namun masih terlalu awal untuk memberikan sebarang pengesahan.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 lalu. Beberapa negara yang terlibat telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR)di kawasan perairan Lautan Hindi.

Satu serpihan yang dijumpai di Pulau La Reunion pada bulan Julai tahun lalu telah dipastikan milik MH370 oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC).

Penemuan dua lagi serpihan masing-masing di Mozambique dan di Pulau La Reunion pada awal bulan Mac telah dihantar ke Australia untuk dianalisis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China