Upacara mengangkat sumpah kerajaan baharu Myanmar yang terdiri daripada 21 kementerian disempurnakan hari ini.
Presiden Myanmar, Htin Kyaw, Timbalan Presiden, Myint Swe dan Naib Presiden, U Henry Van Htee Yu mendahului barisan menteri mengangkat sumpah di hadapan Speaker Parlimen Myanmar, Mahn Win Khaing Than.
Pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan Myanmar (NLD), Aung San Suu Kyi menyandang jawatan Menteri Luar, Menteri di Jabatan Presiden, Menteri Pendidikan dan Menteri Tenaga Elektrik dan Sumber negara itu.