Kerajaan baharu Myanmar mengangkat sumpah semalam.
Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata, China mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas penubuhan kerajaan baharu Myanmar.
Beliau berkata, China yakin rakyat Myanmar pasti akan mengecapi kemajuan yang lebih cemerlang dalam proses pembinaan dan pembangunan negara.
China bersedia untuk menggalakkan hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara terus berkembang.