Cari:
Serpihan Disyaki Kabin MH370
2016-04-03 15:43:18 CRI Cetak

Serpihan bahagian kabin pesawat yang disyaki milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ditemukan oleh sepasang kekasih di sebuah pulau di Mauritius, timur Afrika, kelmarin.

Menurut laporan portal news.com.au, pasangan terbabit menemukan serpihan itu dipercayai bahagian kabin kelas perniagaan pesawat MH370.

Pasangan yang tinggal berdekatan Pulau Reunion, lokasi serpihan flaperon ditemukan pada Julai lalu, membawa objek dipercayai kabin pesawat terbabit pulang ke Hotel Mourouk dan menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk disimpan, sebelum laporan polis dibuat, menurut laporan itu.

Tidak dapat dipastikan ukuran serpihan itu tetapi sumber hotel memaklumkan bahawa objek berkenaan berukuran berpuluh-puluh sentimeter, manakala sekumpulan kecil teritip turut kelihatan melekat pada objek tersebut.

Sementara itu, pasukan yang bertanggungjawab menyiasat insiden tersebut, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dilapor telah menerima maklumat terbabit dan akan menjalankan siasatan lanjut.

-- Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China