Cari:
Li Yuanchao Bertemu Puteri Diraja Thailand
2016-04-06 14:41:50 CRI Cetak

Hubungan China-Thailand mencipta suasana baharu sempena ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara pada tahun lalu.

Puteri Maha Chakri Sirindhorn dan kerabat diraja Thailand telah memainkan peranan yang tidak boleh ditukar ganti dalam usaha memperkasakan persahabatan China-Thailand.

Demikian dinyatakan Naib Presiden China, Li Yuanchao ketika bertemu dengan Puteri Sirindhorn di Beijing semalam.

Li menyuarakan harapan agar China dan Thailand dapat mewujudkan sinergi demi mengukuhkan pertukaran dan kerjasama dalam pembinaan landasan kereta api, ekonomi dan perdagangan serta sosiobudaya, sekali gus terus menggalakkan perkembangan hubungan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara.

Puteri Sirindhorn memandang positif akan hubungan dua hala antara Thailand dengan China dan akan terus menyokong kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang, di samping mengukuhkan hubungan persahabatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China