Cari:
China, Myanmar Sedia Intensifkan Kerjasama Dua Hala
2016-04-06 11:28:04 CRI Cetak

China bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu Myanmar demi mengeratkan hubungan persahabatan tradisional "Paukphaw" dan kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Myanmar, Aung San Suu Kyi di Naypyidaw semalam.

Tambah beliau lagi, lawatan yang diadakan atas undangan kerajaan Myanmar sejurus ditubuhkan mencerminkan kedua-dua negara mementingkan pengukuhan hubungan dua hala.

China berharap dan berkeyakinan bahawa kerajaan baharu Myanmar dapat menyatukan semua parti demi mencipta era baharu pembangunan negara.

Aung San Suu Kyi dalam pertemuan itu pula berkata, Myanmar dan China merupakan dua negara berjiran yang mempunyai kepentingan bersama.

Kerajaan baharu Myanmar sedang mengintensifkan usaha bagi mewujudkan permuafakatan dan pembangunan mampan.

Bantuan serta sokongan yang diberikan oleh China dalam hal ini amat signifikan bagi Myanmar.

Kerajaan Myanmar bersedia untuk merapatkan lagi pertukaran lawatan antara pucuk pimpinan dengan kerajaan China dan memperkasakan kerjasama ekonomi dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China