Nguyen Xuan Phu dilantik sebagai perdana menteri baharu Vietnam dalam sidang ke-11 Perhimpunan Kebangsaan (NA) ke-13 Vietnam yang diadakan di Hanoi hari ini. Pelantikan tersebut memperoleh 446 undi daripada keseluruhan 490 undi yang sah dalam pengundian.
Nguyen Xuan Phu merupakan satu-satunya calon untuk jawatan perdana menteri bagi menggantikan Nguyen Tan Dung yang meletakkan jawatan berdasarkan keputusan pengundian NA Vietnam yang diadakan pada petang semalam.