Cari:
China Bantu Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN di Laos
2016-04-09 15:24:08 CRI Cetak

China menyerahkan barang bantuan kepada Laos sebagai sokongan terhadap penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN di negara itu.

Penyerahan barang bantuan tersebut dijalankan berdasarkan persepakatan yang dicapai kedua-dua negara pada bulan Julai tahun lepas.

Antara barang bantuan itu termasuk kenderaan, kemudahan pemeriksaan keselamatan dan peralatan pejabat yang sudah dihantar ke Laos pada bulan Mac lalu.

Di samping itu, China juga menghantar pakar ke Laos untuk memberikan latihan teknikal berkenaan.

Sebagai pengerusi bergilir ASEAN pada tahun ini, Laos bakal menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN pada bulan September nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China