Cari:
Sidang Jawatankuasa Kerjasama Persekutuan China-ASEAN ke-17 Diadakan di Jakarta
2016-04-12 14:01:39 CRI Cetak

Sidang Jawatankuasa Bersama Kerjasama China-ASEAN ke-17 telah diadakan di Jakarta semalam.

China dan ASEAN telah memperkenalkan keadaan perkembangan masing-masing dan meninjau kembali perkembangan perkongsian strategik kedua-dua pihak serta hasil positif yang dicapai dalam pelaksanaan pelan tindakan China-ASEAN 2011-2015 dalam sidang tersebut. Selain itu, kedua-dua pihak juga telah bertukar-tukar pandangan mengenai pelaksanaan keputusan yang dicapai dalam sidang pemimpin China-ASEAN ke-18, pelan tindakan China-ASEAN 2016-2020 dan aktiviti Tahun Pertukaran Pendidikan China-ASEAN .

Duta Besar China di ASEAN, Xu Bu menyatakan bahawa China akan terus menyokong pembinaan Komuniti ASEAN dan peranan positif yang dimainkan ASEAN dalam hal ehwal serantau. China bersedia terus bersama-sama dengan ASEAN menggalakkan pembinaan inisiatif "Jalur & Laluan", melaksanakan "Rangka kerjasama 2+7", dan menyelaraskan "Wawasan 2025 Komuniti ASEAN" dengan perkongsian strategik China-ASEAN demi mewujudkan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat.

Pihak ASEAN pula menyanjung tinggi pencapaian yang memuaskan kerjasama kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China