Cari:
China Mahu Berkembang Bersama dengan ASEAN
2016-04-12 12:55:16 CRI Cetak
Seminar Antarabangsa Ulang Tahun ke-25 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN diadakan di Beijing semalam. Para peserta bertukar-tukar pendapat mengenai usaha memperkasakan kerjasama China-ASEAN dan menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat.

Timbalan Setiausaha Agung ASEAN, AKP Mochtan dalam majlis perasmian mengatakan bahawa pembangunan China dan pengaruhnya menarik perhatian seluruh dunia. Beliau berharap "Impian China" direalisasikan selari dengan "Impian ASEAN" supaya China dan ASEAN dapat berkembang bersama-sama.

Ketua Setiausaha Pusat China-ASEAN, Yang Xiuping dalam ucapannya menyatakan bahawa dialog China-ASEAN yang bermula secara rasmi pada tahun 1991 telah mencapai banyak hasil dalam program kerjasama. Beliau berharap pelbagai pihak terlibat melalui wahana ini menggalakkan dialog itu terus berkambang dan melaksanakan persepakatan yang dicapai pemimpin pelbagai negara bagi membuahkan hasil yang sebenar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China