Jawatankuasa Pelaburan Myanmar (MIC) telah meluluskan rancangan pelaburan Syarikat Sumber Tenaga Zhenrong Guangdong China Berhad untuk membina kilang penapisan minyak di negaranya pada penghujung bulan Mac.
Projek yang menelan belanja USD 3 bilion itu turut disertai Union of Myanmar Economic Holdings (UMEHL) yang dikawal pihak tentera Myanmar dan syarikat kapitalis monopoli Myanmar, dan dijangka beroperasi selepas tahun 2019.
Kilang itu akan menjadi kilang penapisan minyak yang terbesar bagi Myanmar. Menurut media tempatan, kilang itu mampu mengeluarkan minyak 100 ribu tong sehari.