Landasan kereta api bahagian Wangjiaying, Kunming, provinsi Yunnan China berjaya disambungkan dengan landasan kereta api bahagian lain yang telah siap dibina. Ini bermakna pusat pengangkutan kargo kereta api dari Yunnan ke negara-negara Asia Tenggara dan Taman Logistik Kereta Api Moden beroperasi secara rasmi.
Stesen kereta api Wangjiayingxi merupakan pusat pengangkutan utama bagi barang dagangan dari Myanmar, Laos, Thailand dan Vietnam.