"Malam Indonesia Menarik", aktiviti pertukaran persahabatan antara provinsi Anhui China dengan Indonesia 2016 telah diadakan di Panggung Anhui malam semalam. Tarian yang bercirikan kesenian tempatan dipersembahkan oleh rombongan kesenian Indonesia dan rombongan kesenian Anhui kepada penonton tempatan.
Menteri Pelancongan Indonesia berkata, pihaknya mengalu-alukan usahawan dan pelabur China melabur dalam sektor pelancongan Indonesia. Sebagai negara penting dalam "Laluan Sutera Maritim Abad ke-21" , Indonesia amat menyokong inisiatif "Jalur & Laluan".
Menurut statistik terkini pihak rasmi Indonesia, lebih 160 ribu orang pelancong China melawat Indonesia pada bulan Februari tahun ini. Angka itu telah meningkat 12.5% berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu.