Cari:
Rondaan Bersama Empat Negara di Laut Sulu
2016-04-18 14:32:56 CRI Cetak

Malaysia menyarankan model rondaan bersama Selat Melaka diguna pakai bagi menangani isu keselamatan di Laut Sulu.

Demikian dicadangkan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang media selepas meninjau persiapan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Beliau berkata, pelaksanaan model tersebut yang melibatkan Malaysia, Singapura dan Thailand terbukti berkesan bagi menangani ancaman lanun di Selat Melaka.

Oleh hal yang demikian, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina akan mengguna pakai model itu bagi melancarkan rondaan bersama di Laut Sulu, susulan berlakunya insiden serangan dan penculikan di kawasan perairan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China