Cari:
Suu Kyi Mahu Negara Berfahaman Demokrasi
2016-04-19 14:38:39 CRI Cetak

Penasihat Presiden Myanmar, Aung San Suu Kyi berikrar untuk mengakhiri pemberontakan yang berlanjutan di negara itu dengan memberikan kuasa autonomi kepada etnik minoriti bagi membina sebuah negara berfahaman demokrasi yang tulen.

Dalam ucapan sempena sambutan Tahun Baharu Myanmar, Suu Kyi berkata, harapan untuk mewujudkan sebuah negara yang lebih aman dan makmur semakin cerah sejak Parti Liga Demokrasi (NLD) mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1 April lalu.

Jelas beliau, keamanan dan penyatuan demokratik persekutuan sangat berkait rapat dan sebab itu mereka perlu menggubal Perlembagaan. Perdamaian negara merupakan perkara paling penting bagi menjayakan usaha itu.

Pembentukan sebuah negara persekutuan akan memberikan jaminan kepada pemimpin etnik bahawa NLD akan memerintah negara sepenuhnya, walaupun Perlembagaan ketika ini yang digubal oleh pihak tentera menetapkan penggunaan sistem pemerintahan berpusat. 


(sumber Utusan Online) 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China