Cari:
Peralatan Cari MH370 Ditemukan Semula
2016-04-21 15:01:10 CRI Cetak

Sebuah peralatan penting yang digunakan dalam misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, ditemukan semula di Lautan Hindi awal minggu ini selepas hilang sejak tiga bulan lalu.

Dilaporkan, peralatan towfish itu yang berfungsi memancarkan sonar untuk memetakan bentuk dasar laut, hilang pada Januari lalu apabila kabelnya terputus pada kedalaman tiga kilometer.

Insiden tersebut menyebabkan peralatan bernilai lebih USD 4 juta (RM12 juta) tenggelam di dasar laut, tetapi pasukan pencari berkata, mereka mengetahui lokasi aset terbabit dan akan mendapatkannya semula.

Pasukan pencari yang diketuai oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) menggunakan kenderaan kawalan jauh (ROV) bagi mengesan kedudukan towfish berkenaan dan mengapungkan peralatan itu ke permukaan laut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China