Cari:
Delegasi Fujian Bertemu Pegawai Kanan Malaysia
2016-04-21 15:38:58 CRI Cetak

Ketua Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China provinsi Fujian, You Quan bertemu dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Duta Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting di Malaysia semalam.

You Quan menyanjung tinggi sokongan kedua-dua pegawai kanan tersebut terhadap hubungan provinsi Fujian dengan Malaysia yang begitu lama.

Menurut beliau, seiring dengan hubungan antara kedua-dua negara yang semakin baik sejak kebelakangan ini, hubungan ekonomi, pendidikan, budaya dan pendidikan antara Fujian dengan Malaysia semakin erat.

Pembinaan cawangan Universiti Xiamen di Malaysia mendapat perhatian kerajaan kedua-dua negara.

Ong Ka Chuan dan Ong Ka Ting pula berkata, China menjadi rakan dagang yang terpenting bagi Malaysia.

Pihaknya amat kagum dengan kejayaan pembangunan China. Malaysia berharap dapat meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan Fujian dalam pelaksanaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China