Cari:
Beijing-Phnom Penh Intensifkan Perkongsian Strategik Komprehensif
2016-04-23 15:57:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen semalam mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar China, Wang Yi di pejabat perdana menteri di Phnom Penh pada 22 April lalu.

Hun Sen berkata, usaha yang memantapkan hubungan persahabatan dengan China merupakan warisan politik yang berharga yang ditinggalkan oleh bekas Raja Kemboja, Norodom Sihanouk.

Kata Hun Sen, beliau akan memimpin kerajaan Kemboja terus memperkukuh hubungan persahabatan tradisional Kemboja dengan China, memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan dan memperhebat penyelarasan strategik, serta menggalakkan pembangunan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara terus mencapai hasil yang memuaskan.

Wang Yi berkata, China bersedia menguatkuasakan konsensusu yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara di samping mengintensifkan perkongsian strategik komprehensif untuk memastikan hasil pembangunan masing-masing dapat dinikmati oleh semua rakyat jelata.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China