Cari:
Konsensus Terkini Berhubung Laut China Selatan
2016-04-24 15:50:31 CRI Cetak

Konsensus terkini mengenai isu Laut China Selatan dicapai selepas perbincangan antara Menteri Luar China, Wang Yi dengan pemimpin-pemimpin dari Brunei Darussalam, Kemboja dan Laos secara berasingan.

Persepakatan tersebut adalah seperti yang berikut:

Pertama, pertikaian Kepulauan Nansha bukan isu China-ASEAN, dan tidak akan menjejaskan hubungan antara kedua-dua pihak.

Kedua, hak-hak untuk memilih saluran penyelesaian pertikaian di sisi undang-undang antarabangsa oleh negara-negara berdaulat perlu dihormati.

Ketiga, negara-negara terbabit tetap disarankan secara langsung melalui dialog dan rundingan menangani tuntutan bertindih terhadap wilayah dan kepentingan maritim, berasaskan fasal keempat Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC).

Dan keempat, China dan negara-negara ASEAN diyakini mampu menjaga baik keamanan dan kestabilan Laut China Selatan menerusi usaha sama, manakala negara-negara di luar rantau ini sepatutnya memainkan peranan bersifat membina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China