Cari:
Malaysia: Jerebu Pulih, 24 Kawasan Catat Tahap IPU Baik
2016-04-25 11:19:42 CRI Cetak

Sebanyak 24 kawasan di Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap baik sehingga pukul 5.30 petang semalam, sekali gus menandakan keadaan jerebu yang semakin pulih.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia, antara kawasan yang mencatat IPU baik adalah Labuan (21), Sibu (20) dan Sri Aman, Sarawak (29).

Sementara sebanyak 26 kawasan mencatat IPU sederhana, antaranya Putrajaya (82), Shah Alam (78) dan Nilai, Negeri Sembilan (77).

Terdahulu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu bahawa pembakaran hutan dan ladang secara terbuka oleh petani di beberapa negeri di Semenanjung menyebabkan masalah jerebu berlaku semula di negara itu.

Namun, pihaknya telah meminta JAS untuk menguatkuasakan undang-undang dengan menarik petani mahupun individu yang melakukan pembakaran terbuka dihadapkan ke mahkamah.

-- UTUSAN ONLINE

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China