Cari:
Genglu Bu, Catatan Laut China Selatan dari Zaman Kuno hingga Kini
2016-04-28 11:35:36 CRI Cetak

"Zi Datan Guo Donghai (iaitu kawasan perairan Xisha), Yong Qian Gui Shi Dao Shi Er Geng Shi……", merupakan permulaan buku Geng Lu Bu yang disalin oleh Su Chengfen, seorang kapten kapal provinsi Hainan yang sudah lanjut usia pada masa ini. Pada bahagian permulaan buku itu telah tercatat dengan jelas laluan pelayaran yang bertolak dari Datan menuju ke Laut China Selatan. Buku Geng Lu Bu amat mengagumkan kerana dapat menukilkan kebijaksanaan nelayan Hainan sejak seratus tahun yang lalu, hingga sanggup menggadaikan nyawa mereka dalam usaha menghasilkan naskhah tersebut.

Masih belum dijumpai sebarang catatan yang jelas dalam buku sejarah mengenai asal-usul Geng Lu Bu, namun berdasarkan edisi yang tersimpan sekarang boleh dipercayai bahawa naskhah tersebut telah wujud selewat-lewatnya pada awal abad ke-18, manakala pada pertengahan abad ke-19, kandungan buku itu telah diperkaya dan diwarisi sejak turun-temurun hingga sekarang. Namun, sekiranya diteliti panduan pelayaran yang digunakan oleh Laksamana Cheng Ho pada Dinasti Ming (tahun 1368-1644), kita boleh membuat andaian bahawa Geng Lu Bu telah dihasilkan sekurang-kurangnya pada awal zaman Dinasti Ming. Perkataan "Geng Lu" adalah penjodoh bilangan bagi masa dan jarak perjalanan, satu Geng bersamaan dengan 2.4 jam dan 30 kilometer. Selain buku itu, kapten kapal juga akan mengikut pengalaman masing-masing, di samping mempertimbangkan situasi kapal, arah aliran, kederasan arus laut, arah angin dan masa yang diperlukan untuk mengemudikan kapal berlayar ke arah yang tepat.

Geng Lu Bu telah mencatat lebih 100 kawasan dan maklumat penting maritim di kawasan perairan Laut China Selatan, antaranya termasuklah arah pelayaran, masa yang diperlukan dan jarak, pulau dan terumbu yang dijumpai dalam perjalanan, kederasan arus laut dan perubahan cuaca di kawasan perairan berkenaan. Kandungan buku tersebut terus dipinda dan dibaiki hingga lengkap oleh para nelayan daripada satu generasi kepada satu generasi. Dalam buku Geng Lu Bu pelbagai edisi itu, tercatat lebih 20 laluan untuk menangkap ikan di Kepulauan Xisha, lebih 200 laluan untuk menangkap ikan di Kepulauan Nansha, lebih 20 laluan pergi balik dari Nansha ke Pulau Hainan, selain beberapa pusat pengangkutan maritim dan pusat pengeluaran hasil laut. Catatan tersebut juga telah menyediakan panduan kepada para nelayan gengerasi yang kemudian bagi mengelakkan risiko ketika melakukan pelayaran dan penerokaan di kawasan perairan berkenaan.

Geng Lu Bu telah mencatat banyak kawasan di Kepulauan Xisha dan Nansha yang diberi nama oleh nelayan China, misalnya mereka menamai terumbu berbentuk gelung sebagai bakul dan membubuh nama "Bing Perak" kepada Terumbu Anderson. Penamaan pulau-pulau di Laut China Selatan oleh nelayan Hainan menurut tradisi adat resam tempatan telah membuktikan merekalah yang paling awal menemukan pulau-pulau di Laut China Selatan, yang paling awal hidup di sana dan yang paling awal meneroka, membangunkan dan mengawal kawasan perairan itu.

Selain itu, Geng Lu Bu turut menggambarkan secara terperinci tentang nelayan China yang telah menjejakkan kaki hampir keseluruhan kawasan perairan Laut China Selatan. Nelayan Hainan China sejak zaman kuno telah menjalankan aktiviti penangkapan ikan di kawasan perairan Kepulauan Xisha dan Nansha, membina rumah dan kuil, bercucuk tanam dan menjalankan penternakan di pulau-pulau berkenaan hingga mencipta satu budaya laut yang unik di Laut China Selatan yang bercirikan China. Selain laluan pelayaran dan kawasan penangkapan ikan, buku tersebut turut menyebut, kawasan perairan Kepulauan Xisha dan Nansha telah pun menjadi kawasan penangkapan ikan tradisional bagi nelayan China sejak Dinasti Ming. Kawasan tinggalan zaman kuno itu merupakan bukti yang kukuh bagi menunjukkan nelayan Hainan China yang meneroka dan membangunkan Laut China Selatan.

Geng Lu Bu adalah dokumen sejarah terpenting yang membuktikan kedaulatan China di Kepulauan Xisha dan Nansha dan telah disenaraikan dalam senarai kumpulan pertama warisan budaya bukan kebendaan peringkat negara China pada bulan Jun 2008. Karya unggul yang dihasilkan oleh nelayan Hainan itu memainkan peranan yang sangat penting dari segi sejarah bagi memelihara hak rakyat China di Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China