Cari:
Datuk Muhammad Ibrahim Dilantik Gabenor BNM
2016-04-28 10:50:11 CRI Cetak

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara yang baharu bagi tempoh lima tahun bermula 1 Mei ini.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelantikan tersebut dibuat semalam selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah atas nasihat beliau.

Beliau berkata, di bawah kepimpinan Muhammad, BNM akan terus memberikan sumbangan dalam membantu kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara serta mentadbir dasar monetari dalam mengawal selia industri kewangan negara.

Muhammad yang menyertai bank pusat itu pada 1984 dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada Jun 2010.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China