Cari:
Kes Perceraian Paling Mahal di Malaysia
2016-04-29 15:23:30 CRI Cetak

Kes perceraian yang melibatkan GBP 500 juta (RM 2.75 bilion) dibicarakan di mahkamah di Kuala Lumpur.

Khoo Kay Peng, 77 tahun dan Pauline Chai Siew Phin, 70 tahun berkahwin pada tahun 1970 dan dikurniai lima orang cahaya mata.

Tan Sri Khoo Kay Peng merupakan Pengerusi Malayan United Industries Berhad (MUI) dan memiliki 44 peratus ekuiti jenama antarabangsa Laura Ashley.

Pauline Chai telah memfailkan petisyen perceraian di sebuah mahkamah di London pada 14 Februari 2013 lalu dan menuntut pampasan perceraian sebanyak 500 juta pound (RM2.75 bilion).

Manakala, Khoo Kay Peng pula memfailkan petisyen perceraian terhadap bekas isterinya, bekas Ratu Cantik Malaysia, Puan Sri Pauline Chai Siew Phin di mahkamah di Malaysia pada 27 Februari 2013 untuk mengelakkan separuh daripada harta beliau diserahkan kepada bekas isterinya itu.

Pada 16 Jun tahun lalu, Mahkamah Rayuan Malaysia memutuskan bahawa mahkamah di Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar petisyen perceraian yang difailkan oleh Khoo.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China