Cari:
Najib :Transformasi Tenaga Pekerja Perlu Untuk Malaysia Terus Berdaya Tahan
2016-05-01 15:37:07 CRI Cetak
Malaysia perlu mengubah pendekatan dan mentransformasi tenaga pekerja agar memenuhi keperluan dan memastikan negara itu kekal pada landasan yang tepat serta berdaya tahan. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menerusi Rancangan Malaysia ke-11, kerajaan menyasar meningkatkan produktiviti kedua-dua sektor buruh dan berkemahiran tinggi, bersesuaian dengan tema sambutan Hari Pekerja tahun ini iaitu "Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi". Beliau berkata, kerajaan akan terus menyediakan kemudahan kepada pekerja sama ada melalui program peningkatan tahap kemahiran, latihan semula kemahiran atau latihan kemahiran baharu bagi menyokong kemahiran sedia ada. Najib berkata kerajaan juga akan memberi penekanan terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memenuhi keperluan 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan baharu yang memerlukan kelayakan TVET menjelang 2020. -- BERNAMA
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China