Cari:
PRU: Filipina Tingkatkan Kawalan Keselamatan
2016-05-02 14:48:46 CRI Cetak

Polis Filipina meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara bermula 30 April, bagi menjamin keselamatan semasa pilihan raya umum (PRU) yang bakal diadakan pada 9 Mei ini.

Jurucakap polis Filipina berkata, semua anggota polis terlibat dalam misi menjaga keselamatan, dan tidak diizinkan bercuti. Dalam pada itu, lebih ramai anggota polis akan dihantar ke beberapa wilayah yang menjadi tumpuan misi tersebut, termasuk Maguindanao dan Lanao Del Sur.

Selain itu, jurucakap tentera Filipina berkata, pasukan tentera juga akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan dalam tempoh pilihan raya. Pihak tentera sedang menjalankan pemantauan yang teliti terhadap kumpulan pengganas yang mungkin bermuslihat untuk menjejaskan pilihan raya.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China