Cari:
Perintah Gaji Minimum 2016 Mula Berkuat Kuasa 1 Julai
2016-05-03 16:19:08 CRI Cetak

Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuat kuasa mulai 1 Julai tahun ini ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja.

Kadar gaji minimum ditetapkan mengikut wilayah, iaitu RM1,000 sebulan yang dinaikkan daripada RM900 bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan yang dinaikkan daripada RM800 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Demikian kenyataan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, perintah tersebut melibatkan semua pekerja di sektor swasta, kecuali pekhidmat domestik (pembantu rumah) sebagaimana yang terkandung dalam PGM 2012. Kerajaan telah meneliti semua syor yang telah dikemukakan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara dan telah mengambil pendekatan "balanced approach" serta menimbangkan kepentingan kedua-dua pihak, iaitu majikan dan pekerja.

Tambah beliau lagi, kerajaan berharap agar kadar gaji minimum baharu ini akan mampu melonjakkan pendapatan pekerja Malaysia, sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dalam mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah menyuarakan keyakinan beliau bahawa Malaysia mampu merealisasikan status negara maju menjelang 2020 seperti yang dijadualkan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).

(Sumber dari Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China