Cari:
Kerajaan Baharu Myanmar Komited Kurangkan Import
2016-05-03 15:05:01 CRI Cetak

Kerajaan baharu Myanmar bakal merintis pembaharuaan ekonomi negara dengan menggalakkan eksport, di samping meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan domestik.

Import Myanmar meningkat pada tahun 2015 akibat dilanda bencana banjir, manakala eksport padi dan daging merosot, menyebabkan defisit perdagangan yang besar.

Kini, sektor pembinaan, pembuatan pakaian dan perkhidmatan adalah antara pelaburan utama Myanmar, manakala jumlah pelaburan dalam sektor pertanian dan pengangkutan sangat kecil.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Perdagangan Myanmar bakal memberikan insentif kepada syarikat domestik dan pelabur asing bagi meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan domestik, di samping menyediakan kemudahan bagi merangsang eksport.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China