Cari:
Rakyat Filipina Keluar Mengundi Hari Ini
2016-05-09 13:41:37 CRI Cetak

Seramai 54 juta pengundi Filipina hari ini menunaikan kewajipan dalam memilih siapa Presiden dan Timbalan Presiden Filipina bagi penggal akan datang.

Pilihan Raya Presiden dan Pilihan Raya Umum Filipina diadakan secara serentak bagi menentukan teraju baharu kepimpinan negara itu. Lebih18,000 jawatan dalam Dewan Kongres dan Kerajaan Tempatan yang menjadi rebutan.

Tinjauan pendapat menunjukkan Datuk Bandar Davao, Rodrigo Duterte yang bertanding bagi merebut jawatan Presiden Filipina mendahului calon-calon lain dengan memperoleh 33 peratus sokongan, seterusnya pesaing utamanya yang semakin mencabar, Senator Grace Poe yang mencatat 22 peratus sokongan, manakala bekas setiausaha kerajaan tempatan Manuel Roxas II menduduki tempat ketiga dengan 20 peratus.

Setiap calon berusaha menunjukkan kehebatan apabila masing-masing membentangkan dasar-dasar mereka berhubung isu tempatan dan antarabangsa semasa berkempen.

Imej Duterte sebagai lelaki tegas bersenjata yang berjanji menamatkan masalah rasuah, jenayah dan penyalahgunaan dadah diterima ramai rakyat Filipina. Kempen Grace dan Roxas memberi tumpuan kepada langkah-langkah mempertingkatkan kebajikan masyarkat dan merangsang pertumbuhan ekonomi demi mencipta lebih banyak peluang pekerjaan. Dalam isu-isu antarabangsa, pertikaian mengenai Laut China Selatan adalah antara yang tidak dapat dielakkan bagi sesiapa yang menjadi presiden baharu Filipina. Duterte ketika berkempen menjanjikan pengetepian tuntutan bertindih terhadap kawasan maritim di Laut China Selatan, dan bersedia menerokai perairan berkenaan bersama-sama dengan China. Biarpun Grace dan Roxas masing-masing mendukung timbang tara antarabangsa kaedah penyelesaian pertikaian tersebut, namun mereka juga berharap dapat menjalin hubungan yang baik dengan China tanpa memarahkan Amerika Syarikat.

Dilaporkan, Suruhanjaya Pilihan Raya Filipina bertindak untuk memastikan proses pengundian kali ini tidak dicemari penipuan atau penyelewengan undi. Antaranya penyediaan peralatan mengundi diagih awal ke pusat pengundian berdekatan bagi memastikan kejadian tidak diingini berlaku.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China