Cari:
Duta Besar Malaysia ke China Sampaikan Ucapan di Universiti Perguruan Xibei Gansu China
2016-05-09 14:20:38 CRI Cetak

Pidato Duta Besar Negara ASEAN ke China yang dianjurkan Pusat China-ASEAN telah diadakan di Universiti Perguruan Xibei di Lanzhou, provinsi Gansu China pada Khamis lalu. Duta Besar Malaysia ke China, Dato' Zainuddin Yahya telah menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Kerjasama Malaysia-China dan ASEAN-China".

Dato' Zainuddin Yahya menyatakan bahawa hubungan Malaysia-China sedang berada dalam tahap yang paling baik dalam sejarah. Dalam bidang ekonomi dan perdagangan, China menjadi rakan dagang terbesar bagi Malaysia dalam tempoh tujuh tahun berturut-turut, manakala Malaysia merupakan rakan dagang terbesar bagi China dalam kalangan negara ASEAN. Kedua-dua negara menyasarkan jumlah perdagangan dua hala sebanyak USD 160 bilion menjelang tahun 2017.

Dalam sektor pendidikan, beliau menyatakan bahawa pada tahun 2015 terdapat lebih 10 ribu pelajar China meneruskan pengajian di Malaysia, manakala pelajar Malaysia di China mencecah 6 ribu orang. Beliau mengalu-alukan lebih banyak belia China memilih Malaysia sebagai destinasi untuk menyambung pengajian.

Semasa sesi soal jawab, Dato' Zainuddin juga telah menjawab soalan-soalan para pelajar mengenai kerjasama antara provinsi Gansu dengan Malaysia, perbezaan budaya Malaysia dengan China, pertukaran pendidikan antara Malaysia dengan provinsi di kawasan barat China dan aktiviti Tahunan Pertukaran Pendidikan China-ASEAN.

Dato' Zainuddin menyatakan bahawa beliau telah mendapati wujudnya potensi kerjasama yang besar antara Malaysia dengan provinsi Gansu dalam tempoh lawatan pertama beliau ke Gansu kali ini. Malaysia bersedia meneroka kerjasama dengan Gansu dalam industri halal, pendidikan pengajian tinggi dan pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China