Anggota Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Menteri Koordinator Perekonomian Indonesia, Darmin Nasution bersama-sama mempengerusikan Sidang Kedua Dialog Ekonomi Peringkat Tinggi China-Indonesia di Jakarta hari ini.
Kedua-dua pihak memberikan pandangan positif tentang kemajuan kerjasama pragmatik kedua-dua negara sejak sidang pertama diadakan lebih setahun yang lalu, di samping memperkenalkan dasar ekonomi dan strategik pembangunan masing-masing, bertukar-tukar pendapat mengenai kerjasama perdagangan dua hala, pelaburan, kewangan, infrastruktur, pembinaan taman industri, sumber tenaga, pertanian dan perikanan serta mencapai konsensus dalam pelbagai bidang.
Kedua-dua pihak bersepakat bahawa kedua-dua negara berada dalam tempoh pembangunan yang penting, maka mekanisma dialog ini perlu memainkan peranan yang lebih penting. Kedua-dua pihak akan bersama-sama mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasi cabaran ekonomi global dan menggalakkan kerjasama pragmatik demi memperkukuh perkongsian strategik komprehensif antara China dengan Indonesia.