Cari:
Maritim Malaysia: Nelayan Temui Enjin Bot Yang Hilang
2016-05-09 11:27:16 CRI Cetak

Bot yang membawa empat penumpang, termasuk seorang warga Hong Kong China yang dilaporkan hilang di Sabah, Malaysia, telah karam.

Demikian dinyatakan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som.

Menurut beliau, sekumpulan nelayan telah menemui enjin bot itu semalam, kemudian menyerahkannya kepada APMM.

Adik pemilik bot (Tommy Lam Wai Yin), iaitu Alen Lam telah mengesahkan daripada deskripsi pada enjin dan tanda-tanda yang ada bahawa enjin tersebut adalah enjin bot abangnya.

Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini ditumpukan untuk mencari keempat-empat individu yang hilang itu.

Konsulat Besar China di Kota Kinabalu telah dimaklumkan tentang perkara tersebut dan akan menumpukan perhatian dalam SAR.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China