Cari:
Ekonomi Indonesia Semakin Baik
2016-05-09 13:00:15 CRI Cetak

Wakil Ketua Perhimpunan Pengusaha Indonesia Tionghoa (Perpit), Abdul Alek Soelystio, semasa mengadakan lawatan ke provinsi Sichuan, China berkata, ekonomi di Indonesia pada tahun ini semakin pulih berbanding tahun lalu.

Menurut beliau, ekonomi di Indonesia berkembang dengan baik pada tahun lalu. Jumlah pelaburan dari dalam dan luar negara mencatat USD 43.6 bilion (RM174.1 bilion), meningkat 17.8 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.

Pelaburan China di Indonesia meningkat empat kali ganda pada suku pertama tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, iaitu mewakili 17 peratus daripada keseluruhan pelaburan asing di negara itu. China kini merupakan negara pelabur ketiga terbesar bagi Indonesia.

Beliau yakin ruang kerjasama antara Indonesia dengan China akan terus dilebarkan pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China