Cari:
Latihan Bersama Antikeganasan dan Keselamatan Maritim ASEAN di Singapura
2016-05-10 13:05:21 CRI Cetak

Latihan Bersama Antikeganasan dan Keselamatan Maritim 2016 di bawah rangka Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) sedang diadakan di Singapura.

Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen yang menyaksikan latihan itu semalam menyatakan bahawa memelihara kedamaian dan kestabilan merupakan tugas bersama bagi setiap negara di rantau ini.

Menurut maklumat Kementerian Pertahanan Singapura, terdapat 3,500 anggota tentera, 18 buah kapal perang, 25 buah pesawat tentera serta 40 kumpulan khas daripada negara anggota ADMM menyertai latihan yang bertemakan keselamatan maritim dan memerangi keganasan.

Latihan kali ini dijadualkan berakhir pada 12 Mei ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China