Cari:
China Tidak Akan Berkeras dengan Negara Kecil
2016-05-10 13:11:06 CRI Cetak

China tidak akan menggunakan kekerasan terhadap negara-negara yang kecil, namun tetap tidak mengizinkan negara-negara berkenaan mengancam China melalui cara yang tidak jujur.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang ketika membantah kenyataan Filipina yang terpaksa memfailkan kes timbang tara Laut China Selatan kerana jurang perbezaan kekuatan antara Filipina dengan China yang amat besar.

Lu Kang menyatakan bahawa China berpegang teguh pada dasar pembangunan secara damai, dasar pertahanan yang bersifat defensif, dasar luar yang mementingkan kejiranan yang baik dan mengekalkan penyelesaian pertikaian secara damai melalui rundingan. Sebagai negara besar di rantau ini, China memahami peri pentingnya memelihara kedamaian dan kestabilan serantau dan tanggungjawab yang wajib dipikul.

Dalam isu Laut China Selatan, China sentiasa mempertimbangkan kepentingan pelbagai pihak, manakala Filipina terus-menerus melakukan provokasi terhadap China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China