Cari:
Joko Widodo Ditemui Yang Jiechi
2016-05-10 14:38:38 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo ditemui ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi di Jakarta semalam.

Yang berkata, China komited untuk berusaha bersama-sama dengan Indonesia bagi melaksanakan konsensus yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, memperkukuh perkongsian strategik komprehensif, memperkasakan kerjasama dalam bidang pertahanan, antikeganasan, penguatkuasaan undang-undang, keselamatan siber dan maritim. China juga mahu mempergiat kerjasama kapasiti pengeluaran dan infrakstuktur, mengambil bahagian dalam pembinaan koridor ekonomi landasan kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung, Indonesia, selain memperdalam kerjasama pertanian, perikanan, aeroangkasa, kewangan dan pelaburan.

Joko Widodo pula berkata, China adalah antara rakan dagang paling penting bagi Indonesia. Pihaknya komited memperkukuh perkongsian strategik komprehensif dan memperkukuh kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan, pembinaan infrastruktur, tenaga elektrik, pertanian, perikanan dan kewangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China