Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berharap agar kerajaan baharu Filipina sealiran dengan China dan mengambil pelbagai langkah yang praktikal untuk menangani perselisihan bagi mendorong hubungan China-Filipina kembali ke landasan yang betul.
Dalam sidang media semalam, Lu Kang menyatakan bahawa dalam isu Laut China Selatan, China bersetuju dan menyokong "Pendekatan Dwitrack" yang dikemukakan oleh negara ASEAN, iaitu pertikaian berkenaan diselesaikan melalui rundingan terus oleh negara-negara yang terlibat berdasarkan fakta sejarah dan undang-undang antarabangsa.
China juga mengesyorkan, sebelum pertikaian berkenaan ditangani, negara-negara di rantau ini perlu mengawal perselisihan dengan baik melalui penggubalan peraturan dan penubuhan mekanisma, di samping mewujudkan keadaan saling menguntungkan dan situasi menang-menang melalui penerokaan dan kerjasama.