Cari:
Farah Khan Reka Semula Baju Seragam MAB
2016-05-11 15:17:31 CRI Cetak

Malaysia Airlines Bhd. (MAB), mengadakan perkongsian strategik dengan jenama fesyen Farah Khan bagi mereka semula kebaya ikonik dan pakaian seragam syarikat penerbangan negara itu.

Ketua Pegawai Komersialnya, Paul Simmons berkata, ia melibatkan pakaian seragam daripada pelbagai jabatan termasuk pakaian dek penerbangan, anak kapal, kakitangan lapangan terbang dan kejuruteraan.

Katanya, pakaian seragam MAB, terutamanya kebaya merupakan simbol ikonik dan kebanggaan negara.

Pakaian seragam baharu itu akan terus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan menandakan permulaan yang segar bagi proses transformasi MAB untuk semua pelanggan yang terbang dengan syarikat penerbangan itu.

Sementara itu, Pengarah Kreatif Farah Khan, Datuk Seri Farah Khan berkata, pakaian MAB mencerminkan gabungan pelbagai aspek dan memberi inspirasi kepada mereka.

Beliau yang teruja dengan kerjasama tersebut berharap dapat memberi kesan positif dari segi rupa yang komprehensif terhadap anak kapal, kakitangan pengendalian darat dan seluruh pasukan MAB, selain mempamerkan keanggunan, kemesraan dan hospitaliti Malaysia.

Koleksi baharu bakal diumumkan pada suku keempat 2016 dan memasuki fasa pengeluaran tidak lama lagi.

Reka bentuk koleksi Farah Khan begitu disukai di peringkat antarabangsa dan boleh didapati di lebih 70 bandar di seluruh dunia.

----Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China